Monday, April 26, 2010

Sifat Peribadi Seorang Usahawan

Posted by Ida Maslina at 1:59 PM


Berikut adalah sifat peribadi yg perlu ada pada setiap usahawan. Jika anda mempraktikkan setiap satu darinya, InsyaAllah anda akan dapat menjadi seorang usahawan yg tersohor.
  1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
  2. Memandang masa hadapan dengan jelas. Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yg belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas utnuk direalisasikan walaupun perinciannya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.
  3. Berkeupayaan untuk bekerja keras. Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau "workaholic". Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
  4. Berfikiran positif. Usahawan berfikiran positif seperti sikap hero dlm filem box office barat yg sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
  5. Berani membuat keputusan. Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
  6. Bersikap optimistik. Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah "Masa kini ialah masa yang terbaik" dan "Semua perkara boleh dilakukan".
  7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
  8. Berani mengambil risiko secara berhemah. Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yg teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.
  9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.
  10. Bekerja sendiri. Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah org lain. Bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yg pendek dan kemudian menjalankan perusahaan sendiri.
  11. Mempunyai daya kepimpinan dengan mengutamakan kepimpinan dgn sifat mengasuh dan mendidik. Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa perlu pemantauan.
  12. Bersikap sedia menerima tanggungjawab. Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Lebih berorientasikan kemanusian daripada kepentingan diri. Bersedia memenuhi permintaan pelanggan.
  13. Berorientasikan ganjaran atau habuan. Keinginan mendapat ganjaran hasil drp usaha dan ikhtiar. Ganajaran paling utama ialah dalam bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengikhtirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.
  14. Berorientasikan kecemerlangan. Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.
  15. Bersemangat organisasi. Seorang usahawan mampu membawa semua komponen perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.
  16. Berorientasikan keuntungan. Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin Al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Saidina Ali k.w.h. berkata, "Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yg berguna kepada masyarakat."
  17. Bertakwa kepada Allah SWT dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.
Di harap semua sifat2 peribadi di atas terdapat dalam diri semua pembaca blog ini. Bersama2 lah kita menuju kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin...

0 comments:

Post a Comment

 

Ilmiah Store Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare