Tuesday, April 27, 2010

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Posted by Ida Maslina at 2:22 PM

Rumusan kajian Dr Glenn Doman:

  1. Tiada ahli sains yg dpt mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  2. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima ransangan pendengaran percakapan.
  3. Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yg sama. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.
  4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.
  5. Apa yg tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
  6. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yg didapatinya semasa kecil.
  7. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yg cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.
Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat dari Dato' Ismail Kamus.

0 comments:

Post a Comment

 

Ilmiah Store Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare